Menu

Thursday 7 June 2012

Pelaburan Tanah : Pinjaman bank vs Ansuran kepada tuah - saifulsham.com

http://www.saifulsham.com/2009/pelaburan-tanah-pinjaman-bank-vs-ansuran-kepada-tuan-tanah/





Soalan:
Saya ingin membeli 1 lot tanah. Terdapat 2 cara yang saya dapati sesuai. Pertama dengan membuat pinjaman bank. Tetapi interestnya mesti mahal.

Cara kedua nampak lebih cantik, tiada interest! Tuan tanah bersetuju untuk menerima bayaran secara ansuran dan selepas habis membayar, barulah tuan tanah memberikan geran tanah tersebut. Tuan tanah ini begitu adalah keluarga terdekat saya juga.

Jawapan:
Sebenarnya, tidak salah 2 cara tersebut tetapi berhati-hati dengan cara kedua.

Untuk cara pertama, anda hanya boleh membuat pinjaman peribadi dengan bank untuk semata-mata membeli tanah, bukannya pinjaman perumahan.

Oleh itu, sudah semestinya interest rate untuk cara pertama lebih mahal. Tetapi, mengikut peredaran masa, kadar kenaikan tanah yang terletak pada lokasi strategik akan jauh melebihi interest.





Cara kedua nampak lebih menjimatkan tetapi anda masih perlu mengikut lunas undang-undang. Walaupun mungkin anda membeli tanah tersebut daripada bapa saudara, adik-beradik, pastikan perjanjian guaman dibuat. Hubungan kekeluargaan bukanlah sebuah jaminan yang selamat.

Disamping perjanjian guaman, pastikan resit bayaran bulanan disimpan dan diletakkan dalam satu fail khas pembelian tanah. Pastikan keluarga anda terutama waris anda yang sah aware dengan pembelian anda.

Kerana jika berlaku kejadian tidak diingini seperti kematian tiba-tiba, waris anda maklum bahawa anda mempunyai tanah yang bayaran perlu dilangsaikan. Ini memudahkan proses waris anda menuntut tanah anda kemudian hari kelak.

baca selanjutnya  (http://www.saifulsham.com/2009/pelaburan-tanah-pinjaman-bank-vs-ansuran-kepada-tuan-tanah/)

No comments:

Post a Comment