Menu

Thursday 7 June 2012

Kenapa Duit Jadi Semakin Murah - ariffshah.com

Kenapa Duit Jadi Semakin Murah? 

Bandingkan kos hidup beberapa tahun dulu dengan sekarang, memang banyak bezanya. Barang semakin mahal, namun pendapatan untuk rakyat biasa tak bertambah.

Ada yang sampai terpaksa ambil dua kerja semata-mata nak menampung kos hidup yang tinggi.










Macam mana semua ni boleh berlaku?

Video ni menerangkan sedikit sebanyak tentang kegawatan ekonomi, inflasi dan segala yang berkaitan dengan ekonomi dunia. Jangan takut, penjelasan dalam video ni sangat mudah difahami. Video ini dibuat berdasarkan

$90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan - pakdi.net

Peribahasa Melayu ada menyebut, “Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.” Habis sahaja belajar, majoriti dari anak muda di Malaysia pasti berhutang.

Kerja tidak sampai 3 bulan, sudah tambah satu lagi jenis hutang dan selalunya hutang kereta. Apabila ingin berkahwin, maka bertambah lagi hutang pembiayaan / pinjaman peribadi untuk menampung kos mas kahwin, hantaran, kenduri kendara dan seterusnya.

Isu hutang pendidikan, sama ada hutang PTPTN, hutang MARA, hutang yayasan negeri adalah isu yang banyak diperkatakan sekarang. Ada gerakan anak muda seperti #occupydataran yang sanggup tidur di Dataran Merdeka malah debat PTPTN antara Khairy Jamaludin dan Rafizi Ramli disiarkan secara langsung di ASTRO Awani.



Itu di Malaysia.

 Di Amerika, ada seorang pemegang MBA, Harvard Business School, Joe Mihalic yang berhutang sehingga $101k dan selepas dua tahun dia membayar hutang secara konsisten dia mendapati hutangnya masih berbaki $ 90,717.

Ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menghapuskan hutangnya dalam tempoh 10 bulan.

Ya, dia mengambil tindakan yang drastik, ekstrem dan mengkagumkan untuk menyelesaikan hutang pendidiakn sebanyak $ 90,717 dalam tempoh 7 bulan! Lebih cepat 3 bulan dari sasaran asalnya.

Bagaimana dia melakukannya?

Satu, Cara Kedekut Macam Haji Bakhil Antaranya:

Pelaburan Tanah : Pinjaman bank vs Ansuran kepada tuah - saifulsham.com

http://www.saifulsham.com/2009/pelaburan-tanah-pinjaman-bank-vs-ansuran-kepada-tuan-tanah/





Soalan:
Saya ingin membeli 1 lot tanah. Terdapat 2 cara yang saya dapati sesuai. Pertama dengan membuat pinjaman bank. Tetapi interestnya mesti mahal.

Cara kedua nampak lebih cantik, tiada interest! Tuan tanah bersetuju untuk menerima bayaran secara ansuran dan selepas habis membayar, barulah tuan tanah memberikan geran tanah tersebut. Tuan tanah ini begitu adalah keluarga terdekat saya juga.

Jawapan:
Sebenarnya, tidak salah 2 cara tersebut tetapi berhati-hati dengan cara kedua.

Untuk cara pertama, anda hanya boleh membuat pinjaman peribadi dengan bank untuk semata-mata membeli tanah, bukannya pinjaman perumahan.

Oleh itu, sudah semestinya interest rate untuk cara pertama lebih mahal. Tetapi, mengikut peredaran masa, kadar kenaikan tanah yang terletak pada lokasi strategik akan jauh melebihi interest.





Cara kedua nampak lebih menjimatkan tetapi anda masih perlu mengikut lunas undang-undang. Walaupun mungkin anda membeli tanah tersebut daripada bapa saudara, adik-beradik, pastikan perjanjian guaman dibuat. Hubungan kekeluargaan bukanlah sebuah jaminan yang selamat.

Disamping perjanjian guaman, pastikan resit bayaran bulanan disimpan dan diletakkan dalam satu fail khas pembelian tanah. Pastikan keluarga anda terutama waris anda yang sah aware dengan pembelian anda.

Kerana jika berlaku kejadian tidak diingini seperti kematian tiba-tiba, waris anda maklum bahawa anda mempunyai tanah yang bayaran perlu dilangsaikan. Ini memudahkan proses waris anda menuntut tanah anda kemudian hari kelak.

baca selanjutnya  (http://www.saifulsham.com/2009/pelaburan-tanah-pinjaman-bank-vs-ansuran-kepada-tuan-tanah/)

Nasihat bisnes dari seorang multi jutawan - saifulsham.com

http://www.saifulsham.com/2012/nasihat-bisnes-dari-seorang-multi-jutawan/





Woww….saya terkedu…100 lot…1 lot punyai 1000 unit saham, kalau 100 lot maknanya ada 100,000 unit. Satu unit kalau harganya RM 5.05, maka jumlah pelaburan senang sahaja RM 500k. 

Saya bertanya lagi..”Jadi, Tok Leh ambil selepas disenaraikan, tidak ambil guna peruntukan MITI?”
“Ya, lebih baik begitu. Biarpun harga sedikit mahal selepas disenaraikan, lebih baik saya ambil dari pasaran terbuka daripada saya melabur ke atas orang tersebut. Beliau tawarkan profit sharing jika melabur atas namanya tetapi dalam dunia perniagaan, jangan mudah percaya pada orang..”

“Kalaupun ada perjanjian, apakah mudah orang ikut perjanjian? Perjanjian pun belum tentu menjamin keselamatan wang kita. Jangan mudah kita serahkan duit untuk melabur walaupun atas nama orang lain. Kita tidak boleh mudah percaya pada orang”





Saya kira itu satu nasihat yang mahal. Betul katanya, kalau duit itu dilaburkan menggunakan nama orang lain, sudah tentu, katalah saham itu dijual dengan kadar untung, duit itu akan masuk ke akaun bank penama tadi.

baca seterusnya; (http://www.saifulsham.com/2012/nasihat-bisnes-dari-seorang-multi-jutawan/)